Bedah Siasat IPO SBS Nexus Berhad: Adakah Saham Ini Berbaloi Untuk Dimohon?
<p>SBS Nexus Berhad, kini melancarkan tawaran awam permulaan: IPO SBS Nexus Berhad RM0.25 dan Patuh Syariah mereka di Pasaran ACE Bursa Malaysia. SBS Nexus bukanlah nama asing dalam industri kreatif….</p>

SBS Nexus Berhad, kini melancarkan tawaran awam permulaan: IPO SBS Nexus Berhad RM0.25 dan Patuh Syariah mereka di Pasaran ACE Bursa Malaysia. SBS Nexus bukanlah nama asing dalam industri kreatif. Dengan pengalaman selama 22 tahun, syarikat ini memposisikan diri mereka sebagai “Branding & Marketing Specialist” yang menyediakan solusi penjenamaan menyeluruh—dari papan iklan (Offline Branding) sehinggalah pemasaran digital (Digital Branding) dan penciptaan laman web. Malah, mereka juga adalah pemilik kepada jenama media perniagaan terkenal, “ShangHai.Dalam artikel ini, kita akan bedah siasat secara mendalam kekuatan fundamental, penggunaan dana, dan risiko syarikat ini sebelum anda menekan butang “Apply”.

Fakta Utama Ringkasan IPO SBS Nexus Berhad
| Item | Butiran |
|---|---|
| Nama Syarikat | SBS Nexus Berhad |
| Pasaran Penyenaraian | ACE Market, Bursa Malaysia |
| Saiz IPO keseluruhan | 171,500,000 saham (35% daripada modal diperbesar) |
| Komponen IPO – Public Issue | 122,500,000 saham baharu |
| Komponen IPO – Offer for Sale | 49,000,000 saham sedia ada |
| Harga IPO | RM0.25 sesaham |
| Harga Institusi | RM0.25 sesaham |
| Tawaran Institusi | 129,850,000 saham |
| Tawaran Runcit | 41,650,000 saham |
| Peruntukan Runcit – Bumiputera Awam | 12,250,000 saham |
| Peruntukan Runcit – Bukan Bumiputera Awam | 12,250,000 saham |
| Peruntukan Runcit – Pink Form (pengarah/kakitangan/individu layak) | 17,150,000 saham |
| Peruntukan Institusi – Private Placement Bumiputera MITI | 61,250,000 saham |
| Peruntukan Institusi – Private Placement Pelabur Terpilih | 19,600,000 saham |
| Peruntukan Institusi – Offer for Sale Pelabur Terpilih | 49,000,000 saham |
| Modal Diterbitkan Selepas IPO | 490,000,000 saham |
| Moratorium – Pihak terlibat | Promoters / Specified Shareholders |
| Moratorium – Fasa 1 | 6 bulan pertama: tidak boleh melupuskan sebarang saham |
| Moratorium – Selepas tempoh awal | Pelepasan berperingkat tertakluk kepada syarat Bursa/SC |
| Penasihat / Sponsor/Underwriter/Placement Agent | M&A Securities Sdn Bhd |
| Issuer / Registrar | Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd |
| Keutamaan Tawaran – MITI | 12.5% daripada modal diperbesar kepada pelabur Bumiputera MITI |
| Keutamaan Tawaran – Runcit | Sekurang-kurangnya 50% peruntukan awam kepada Bumiputera |
| Clawback | MITI → Bumiputera Awam → Institusi jika tidak dilanggan |
| Keperluan Minimum Langganan | Tiada minimum kutipan diperlukan |
| Public Spread Minimum | 25% saham dipegang oleh orang awam |
| Minimum Bilangan Pemegang Saham | 200 pemegang awam, sekurang-kurangnya 100 saham setiap seorang |
| Saiz Board Lot Dagangan | 100 unit saham |
| Status Syariah | Patuh Syariah (SAC) |
- Untuk Memahami Keseluruhan Artikel ini,anda perlu lah ada at least basic Fundamental Analisis
- Untuk Newbie yang masih tak berapa faham pasal saham IPO,Boleh Belajar Disini
- Keseluruhan Analisis Ini Berdasarkan Info dan Data yang diperolehi dari Prospectus SBS Nexus Berhad,Boleh Rujuk Disini
- Bagi newbie nak tahu lebih mendalam tentang prospektus boleh baca disini:[Pengenalan kepada Prospektus IPO: Panduan Lengkap untuk Pelabur Baharu]
- IPO SBS Nexus Berhad dikategorikan sebagai saham patuh Syariah oleh SC,Rujuk Disini
- Laman Web Syarikat SBS Nexus Berhad anda Boleh Rujuk Disini
Timetable for IPO SBS NEXUS BERHAD
| Perkara | Tarikh & Masa |
|---|---|
| Pembukaan permohonan IPO | 23 Disember 2025, 10.00 pagi |
| Penutupan permohonan IPO | 7 Januari 2026, 5.00 petang |
| Pengundian (Balloting) permohonan | 9 Januari 2026 |
| Pengagihan saham kepada pemohon berjaya | 16 Januari 2026 |
| Tarikh penyenaraian (anggaran) | 20 Januari 2026 |
Artikel Kami berkaitan kenapa pemohon perlu ambil tahu tarikh IPO:
[Tarikh Penting IPO Di Bursa Malaysia: Proses, Jadual & Case Study Lengkap]
Use Of Proceeds IPO-SBS Nexus Berhad
| Kegunaan Dana | Amaun (RM’000) | Peratus (%) | Anggaran Tempoh |
|---|---|---|---|
| Penubuhan ibu pejabat baharu | 7,100 | 23.2 | Dalam tempoh 24 bulan |
| Pengembangan perniagaan | 7,250 | 23.7 | Dalam tempoh 24 bulan |
| Pembayaran balik pinjaman | 6,000 | 19.6 | Dalam tempoh 12 bulan |
| Modal kerja | 5,035 | 16.4 | Dalam tempoh 12 bulan |
| Perbelanjaan penyenaraian | 4,500 | 14.7 | Dalam tempoh 1 bulan |
| Aktiviti penjenamaan, pemasaran & promosi | 740 | 2.4 | Dalam tempoh 18 bulan |
| Jumlah Keseluruhan | 30,625 | 100.0 | – |
- Jumlah hasil kasar public Issue berjumlah Rm30.6 Juta
- Fokus utama pemggunaan Dana untuk Pengembangan kapasiti operasi & pertumbuhan perniagaan
- Hasil Offer for sale berjumlah Rm12.3 Juta
- Penerima hasil offer for sale merupakan pemegang saham penjual (Bukan nya syarikat)
Overview Syarikat & Perniagaan SBS Nexus Berhad
Ringkasan Perniagaan – SBS Nexus Berhad
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Nama Syarikat | SBS Nexus Berhad |
| Bidang Perniagaan | Penyedia penyelesaian penjenamaan dan pemasaran |
| Pasaran Operasi | Malaysia |
| Ibu Pejabat | Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur |
| Kedudukan Perniagaan | Penyedia perkhidmatan pemasaran bersepadu (tradisional & digital) |
| Objektif Utama | Meningkatkan keterlihatan dan kehadiran jenama pelanggan |
Kategori Perkhidmatan & Tawaran Utama
| Kategori Perkhidmatan | Tawaran Utama |
|---|---|
| Penyelesaian Penjenamaan Luar Talian (Offline) | • Media luar (Out-of-Home)• Perhubungan awam & pengurusan acara• Penerbitan luar talian |
| Penyelesaian Penjenamaan Digital | • Pemasaran dalam talian & pengeluaran video• Media digital luar, aplikasi mudah alih & web, pembangunan laman web• Media dalam talian• Penyiaran digital |
Model Perniagaan Strategik – SBS Nexus Berhad
| Komponen | Elemen Utama | Penerangan Ringkas |
|---|---|---|
| Ekosistem Perniagaan | Model pemasaran pelbagai saluran | SBS Nexus beroperasi sebagai penyedia pemasaran bersepadu yang menggabungkan perkhidmatan luar talian, digital dan penjanaan prospek dalam satu ekosistem. Pendekatan ini membantu klien mendapatkan penyelesaian menyeluruh tanpa perlu berurusan dengan banyak vendor. |
| Teras Model | Offline Branding Solutions | Merangkumi penganjuran acara, media luar dan aktiviti penjenamaan fizikal yang membina kehadiran jenama secara langsung dan berimpak tinggi. |
| Teras Model | Digital Branding Solutions | Fokus kepada pemasaran digital, pengeluaran video, media digital dan pembangunan platform dalam talian bagi memperluaskan capaian jenama klien di ruang digital. |
| Teras Model | Business Leads Generation Initiatives | Inisiatif khas anjuran syarikat seperti anugerah perniagaan dan acara jaringan yang berfungsi sebagai mesin menjana prospek pelanggan baharu. |
| Dinamik Strategi | Cross-sell (Jualan Silang) | Klien yang bermula dengan satu perkhidmatan (contohnya acara luar talian) akan ditawarkan perkhidmatan tambahan seperti pemasaran digital untuk memaksimumkan impak kempen mereka. |
| Inisiatif Penjanaan Prospek | Platform & Acara Perniagaan | ShangHai International Prestige Business Awards (SHIPBA)ShangHai Honourable Women Entrepreneur Business Awards (SHE)ShangHai International Brand Recognition (SIR)ShangHai Entrepreneur GatheringA Call For The ElitesShangHai Businesswomen Social ClubShangHai Entrepreneur Networking |
| Fungsi Inisiatif | Penjanaan hasil & pemasaran | Acara ini bukan sahaja menjana pendapatan secara langsung, malah berfungsi sebagai corong pemasaran untuk menarik klien baharu ke dalam ekosistem SBS Nexus. |
| Segmen Pelanggan | Sasaran pasaran | Usahawan, Micro-SME, SME dan syarikat korporat pada pelbagai peringkat kitaran perniagaan. |
| Nilai kepada Pelanggan | Hubungan jangka panjang | Model ini menggalakkan kerjasama berterusan dengan klien, bukan sekadar projek sekali sahaja, sekali gus meningkatkan nilai seumur hidup pelanggan. |
Competitive Strengths(Daya Saing)– SBS Nexus Berhad
| Kekuatan Utama | Huraian | Nilai Strategik kepada Syarikat |
|---|---|---|
| Rekod operasi yang kukuh & berpengalaman | Dengan lebih 22 tahun pengalaman dalam industri penjenamaan dan pemasaran, SBS Nexus memiliki pemahaman mendalam tentang keperluan pasaran dan perubahan trend pelanggan. Pengalaman ini membantu syarikat menyesuaikan strategi dengan pantas serta membina kepercayaan jangka panjang bersama klien. | Memberi kestabilan operasi, keyakinan pelabur dan asas kukuh untuk pertumbuhan mampan |
| Rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh | SBS Nexus berfungsi sebagai penyedia penyelesaian pemasaran sehenti (one-stop solution), merangkumi perkhidmatan luar talian dan digital. Model ini memudahkan klien mendapatkan semua keperluan pemasaran di bawah satu bumbung, sekali gus menggalakkan hubungan jangka panjang dan peluang jualan silang. | Meningkatkan nilai seumur hidup pelanggan dan mengurangkan kebergantungan kepada projek sekali sahaja |
| Jenama rumah ‘ShangHai’ yang dikenali | Jenama ‘ShangHai’ mempunyai pengiktirafan kukuh terutamanya dalam kalangan SME berbahasa Mandarin di Malaysia. Kekuatan jenama ini memberi kelebihan daya saing yang jelas dalam segmen tersebut, walaupun pada masa sama mendorong syarikat untuk mempelbagaikan pasaran ke segmen berbahasa Melayu bagi mengurangkan risiko kepekatan. | Membina kelebihan pasaran (moat) dalam niche tertentu sambil membuka laluan kepada pengembangan pasaran baharu |
| Pasukan pengurusan yang berpengalaman | Kumpulan diterajui oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Wong Chun Mun, bersama pasukan pengurusan kanan yang berpengalaman. Kepimpinan ini memastikan hala tuju strategik yang jelas serta keupayaan pelaksanaan yang berkesan dalam persekitaran pasaran yang kompetitif. | Menyokong pelaksanaan strategi pertumbuhan dan meningkatkan keupayaan tadbir urus |
Strategi Pertumbuhan & Rancangan Masa Depan SBS Nexus Berhad (24 Bulan)
| No. | Strategi Utama | Pelaburan / Fokus | Huraian | Impak kepada Perniagaan |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Pindah ke Ibu Pejabat Baharu & Fasiliti Sendiri | RM7.1 juta | SBS Nexus akan berpindah ke premis yang lebih besar dan moden, lengkap dengan studio produksi, dewan acara dan bilik latihan. Ini membolehkan lebih banyak kerja dilakukan secara dalaman tanpa perlu menyewa fasiliti luar. | Kurangkan kos jangka panjang, tingkatkan kapasiti operasi dan kawalan kualiti |
| 2 | Naik Taraf Teknologi & Peralatan Studio | Infrastruktur IT & peralatan produksi | Seiring dengan pejabat baharu, syarikat akan melabur dalam kamera beresolusi tinggi, dron, perisian suntingan terkini dan sistem IT yang lebih mantap supaya hasil produksi setaraf piawaian antarabangsa. | Kualiti servis meningkat, daya saing lebih kuat dalam pasaran digital |
| 3 | Menembusi Pasaran PKS Melayu (Game Changer) | RM2.5 juta | Ini antara strategi paling penting. SBS Nexus mahu mengurangkan kebergantungan kepada pasaran Mandarin dengan menembusi komuniti PKS Melayu melalui pengambilan 18 staf baharu dan pelancaran jenama media MyUsahawanMedia. | Luaskan pasaran sasaran, kurangkan risiko kepekatan pelanggan |
| 4 | Kurangkan Outsourcing, Tambah Kepakaran Dalaman | RM0.74 juta (pemasaran & tenaga kerja) | Syarikat merancang mengambil kira-kira 20 pekerja baharu secara berperingkat supaya lebih banyak kerja boleh dibuat secara in-house, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada vendor luar. | Margin keuntungan berpotensi meningkat, kawalan operasi lebih baik |
| 5 | Kembangkan Segmen Servis Digital | Pengambilan 12 bakat IT | SBS Nexus melihat permintaan tinggi untuk pembangunan aplikasi mudah alih dan laman web. Untuk itu, mereka akan memperkukuh pasukan teknikal bagi menawarkan solusi digital yang lebih kompleks dan bernilai tinggi. | Pendapatan berulang meningkat, posisi lebih kukuh dalam ekonomi digital |
- Tempoh Pelaksanaan dalam 24 bulan selepas penyenaraian
- Keperluan modal yang sangat tinggi dan ini memerlukan sokongan penuh hasil dari IPO
- Fokus utama dalam kapasisiti dalaman,perluasan pasaran dan digitalisasi
- Perana IPO sebagai pemangkin untuk menggerakan enjin pertumbuhan syarikat
Nak tahu lebih mendalam berkaitan penggunaan Dana IPo boleh teruskan membaca :
[Cara Analisis Use of Proceeds IPO: Panduan Prospektus Untuk Newbie]
Promoter & Pemegang Saham Utama
(Corporate and Ownership Structure):Memahami struktur kumpulan dan pemegang saham utama adalah penting kerana ia memberi gambaran jelas tentang tadbir urus syarikat, kawalan keputusan, serta potensi risiko konflik kepentingan.Nak tahu lebih detail baca Disini:
Struktur Kumpulan Syarikat
| Tahap | Entiti | Pegangan |
|---|---|---|
| Syarikat Induk | SBS Nexus Berhad | Syarikat pegangan pelaburan |
| Anak Syarikat | SBS Digital Holdings Sdn Bhd | 100% dimiliki oleh SBS Nexus |
| Subsidiari Operasi | SBS Digital Media Sdn Bhd | 100% |
| Subsidiari Operasi | SBS Events Sdn Bhd | 100% |
| Subsidiari Operasi | SBS Media Tech Sdn Bhd | 100% |
| Subsidiari Operasi | SBS Social Sdn Bhd | 100% |
| Subsidiari Operasi | Shanghai Media Sdn Bhd | 100% |
SBS Nexus menggunakan model holding + subsidiari penuh, di mana semua operasi dijalankan melalui anak-anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya. Struktur ini memudahkan kawalan operasi, penyelarasan strategi dan pengurusan risiko.
Pemegang Saham Utama (Sebelum & Selepas IPO)
| Nama | Status | Pegangan Sebelum IPO (%) | Pegangan Selepas IPO (%) |
|---|---|---|---|
| Wong Chun Mun | Promoter & Pemegang Saham Utama | 40.0 | 30.0 |
| Piah Yee Ling | Promoter & Pemegang Saham Utama | 16.0 | 12.0 |
| Lai Kian Chuan | Promoter & Pemegang Saham Utama | 20.0 | 10.0 |
| Warren Cheng | Promoter & Pemegang Saham Utama | 10.0 | 4.5 |
| Alphabets Assets | Pemegang Saham Utama | 9.0 | 6.7 |
| Lim Cheng Yong | Pemegang Saham Utama | 5.0 | 1.8 |
Analisis & Implikasi kepada Pelabur
| Aspek | Penjelasan |
|---|---|
| Kawalan selepas IPO | Selepas penyenaraian, kumpulan promoter masih memegang 56.5% saham, bermakna kawalan syarikat kekal di tangan pengasas dan pengurusan utama. |
| Kestabilan pengurusan | Pegangan majoriti ini memastikan kesinambungan strategi dan hala tuju perniagaan tanpa gangguan besar selepas IPO. |
| Moratorium 6 bulan | Semua saham promoter dan pemegang saham utama tertakluk kepada sekatan jualan selama 6 bulan, yang menyelaraskan kepentingan mereka dengan pelabur baharu dalam tempoh awal. |
| Risiko selepas moratorium | Pelabur perlu peka bahawa tekanan jualan berpotensi boleh berlaku selepas tempoh moratorium tamat. |
| Implikasi kepada pasaran | Struktur ini baik untuk kestabilan jangka pendek, tetapi memerlukan pemantauan rapi dari sudut pergerakan saham jangka sederhana. |
- SBS Nexus merupakan sebuah holding company dengan subsidiari 100%
- Tahap kawalan syarikat adalah tinggi masih dikekalkan oleh promoter
- Kelebihan yang mereka ada adalah deengan konsistensi strategi & tadbir urus
- Risiko utama kepada para pelabur adalah potensi selling pressure selepas tempoh moratorium tamat
Financial Higlihts-SBS Nexus Berhad
Analisis prestasi kewangan lampau sangat penting untuk memahami hala tuju pertumbuhan, tahap keuntungan dan kecekapan operasi sesebuah syarikat sebelum penyenaraian awam. Data ini memberi gambaran jelas tentang kekuatan asas model perniagaan SBS Nexus.Untuk mendalami topic ini anda boleh teruskan pembacaan di artikel kami: Apa itu Financial Statements Analysis: Ilmu Asas Untuk Pelabur Malaysia (2025)
Trend Pendapatan & Keuntungan
| Metrik | FYE 2022 (RM’000) | FYE 2023 (RM’000) | FYE 2024 (RM’000) | FPE 2025 (RM’000) |
|---|---|---|---|---|
| Pendapatan | 11,602 | 19,946 | 29,924 | 21,760 |
| Untung Kasar (GP) | 5,431 | 11,248 | 14,955 | 7,712 |
| Untung Sebelum Cukai (PBT) | 2,416 | 7,280 | 10,078 | 6,401 |
| Untung Selepas Cukai (PAT) | 1,583 | 5,560 | 7,599 | 4,705 |
| Margin Untung Kasar (%) | 46.8 | 56.4 | 50.0 | 35.4 |
| Margin Untung Bersih (%) | 13.6 | 27.9 | 25.4 | 21.6 |
- Banyak kerja bergantung kepada vendor luar, menekan margin keuntungan.
- Margin kasar jatuh mendadak (56% → 35%).
- Syarikat tidak bergantung kepada kontrak jangka panjang.
- 14.8% hasil datang daripada satu pelanggan utama, dengan kontrak tamat pada 2026.
Pemerhatian Utama
| Aspek | Analisis Ringkas |
|---|---|
| Pertumbuhan pendapatan | Pendapatan SBS Nexus meningkat dengan sangat pantas, mencatatkan CAGR sekitar 60.6% dari FY2022 hingga FY2024 — satu kadar pertumbuhan yang agresif bagi syarikat pemasaran. |
| Momentum keuntungan | Keuntungan sebelum dan selepas cukai berkembang selari dengan pendapatan, menunjukkan model perniagaan yang sebelum ini berskala dengan baik. |
| Isu utama pelabur | Margin untung kasar merosot ketara dalam FPE 2025 (jatuh ~14.6 mata peratusan). Ini menimbulkan persoalan tentang kawalan kos, struktur harga dan campuran servis semasa. |
| Apa yang perlu diperhatikan | Pengurusan perlu membuktikan bahawa pelaburan IPO (studio sendiri & kurangkan outsourcing) mampu memulihkan margin pada masa hadapan. |
Sumbangan Pendapatan Mengikut Segmen Perniagaan
| Segmen | Sumbangan kepada Pendapatan |
|---|---|
| Digital Branding Solutions | Segmen terbesar dan paling konsisten |
| Sumbangan (% anggaran) | 58.4% (2022), 50.4% (2023), 57.4% (2024), 59.5% (FPE 2025) |
Pertumbuhan pesat segmen Digital-out-of-home media & online media sejak FY2023 membuktikan strategi digital SBS Nexus berada di landasan betul. Pelaburan tambahan dalam studio produksi dan pasukan digital adalah langkah logik untuk menunggang trend ini.
Geographic Revenue Concentration
| Aspek | Penjelasan |
|---|---|
| Pasaran utama | Malaysia |
| Tahap concentration | Tinggi |
| Implikasi | Memberi kestabilan operasi tempatan, namun pendedahan geografi terhad meningkatkan risiko jika berlaku kelembapan ekonomi domestik |
- Kekuatan utama mereka adalah dengan memiliki pertumbuhan pendapatan & keuntungan yang sangat kukuh
- Cabaran utama yang mereka hadapi adalah tekanan margin dalam tempoh terdekat
- Maka dana IPO digunakan untuk memulihkan margin, tingkatkan kecekapan & skala operasi
- Fokus pelabur sekarang sama ada strategi 24 bulan mampu menstabilkan margin sambil mengekalkan pertumbuhan
Key Financial Ratios and Valuation
Nisbah kewangan dan metrik penilaian membantu pelabur menilai tahap kesihatan kewangan syarikat, serta sama ada harga IPO adalah munasabah berbanding nilai sebenar dan syarikat setara dalam pasaran.
IPO Valuation
| Komponen | Nilai | Penjelasan |
|---|---|---|
| Harga IPO | RM0.25 sesaham | Harga yang dibayar oleh pelabur untuk menyertai SBS Nexus pada peringkat awal penyenaraian |
| Market Capitalization semasa penyenaraian | RM122.5 juta | Berdasarkan 490 juta saham terbitan selepas IPO |
| Price To Earning Ratio (PE) | 16.1x | Dikira menggunakan keuntungan selepas cukai (PAT) FY2024 |
| Nilai Aset Bersih Pro Forma (NA) sesaham | RM0.08 | Book Value syarikat selepas IPO dan selepas penggunaan dana |
- Harga IPO ini lebih mencerminkan harapan kejayaan masa depan, bukan kekuatan keuntungan yang benar-benar stabil hari ini.
Valuation Multiples
| Metrik | Pengiraan | Keputusan |
|---|---|---|
| EPS Pro Forma | RM7.6m / 490m | RM0.0155 |
| P/E | RM0.25 / RM0.0155 | 16.1x |
| BVPS | RM39.41m / 490m | RM0.080 |
| P/B | RM0.25 / RM0.080 | 3.1x |
| Enterprise Value (EV) | Market Cap + Debt – Cash | RM112.9m |
| EV / PAT | RM112.9m / RM7.6m | 14.9x |
| EV / Revenue | RM112.9m / RM29.9m | 3.8x |
Kedudukan Kewangan & Leverage
| Nisbah | Nilai | Interpretasi Ringkas |
|---|---|---|
| Gearing (selepas Public Issue, sebelum penggunaan dana) | 0.16x | Tahap hutang sederhana, masih dalam kawalan |
| Gearing (selepas penggunaan dana IPO) | 0.02x | Hutang hampir sifar, kedudukan kewangan sangat kukuh |
Kesan (Dilution) kepada Pelabur Baharu
| Perkara | Nilai | Maksud kepada Pelabur |
|---|---|---|
| Harga IPO | RM0.25 | Harga kemasukan pelabur baharu |
| NA Pro Forma sesaham | RM0.08 | Book Value sebenar selepas IPO |
| Pencairan (Dilution) sesaham | RM0.17 | Perbezaan antara harga IPO dan Book Value |
| Tahap Pencairan | 68.0% | Pelabur membayar premium tinggi berbanding NA |
N/A=Net Asset
- PE sederhana,tidak terlalu murah tetapi tidak ekstrem
- Struktur Kewangan yang sangat konservatif selepas IPO
- Isu utama pelabur sekarang adalah shares dilution yang tinggi dan ini sangat bergantung kepada pertumbuhan masa depan
- Naratif disini menunjukan harga IPO mencerminkan potensi pertumbuhan,bukan nilai asset
Pelabur tidak membeli SBS Nexus berdasarkan aset semata-mata, tetapi berdasarkan cerita pertumbuhan.Justeru, kejayaan pelaburan ini sangat bergantung kepada keupayaan syarikat mengekalkan pertumbuhan pendapatan dan memulihkan margin keuntungan selepas penyenaraian.
Analysis of Liquidity and Capital Resources
Analisis kecairan dan struktur modal penting untuk menilai kestabilan kewangan serta keupayaan syarikat memenuhi komitmen kewangannya. Kedudukan kewangan SBS Nexus masih boleh dinilai melalui data pro forma yang tersedia.Baca untuk lebih mendalami topik ini:Kepentingan Nisbah Kecairan (Liquidity Ratio): 10 Sebab Utama & Kajian Kes Pasaran Saham Malaysia
Kedudukan Hutang & Struktur Modal
| Perkara | Butiran | Penjelasan |
|---|---|---|
| Tarikh rujukan | 30 Jun 2025 | Kedudukan kewangan sebelum penyenaraian |
| Jumlah pinjaman | ~RM7.0 juta | Hutang bank sedia ada sebelum IPO |
| Gearing (selepas Public Issue, sebelum guna dana) | 0.16 kali | Tahap hutang sederhana dan masih terkawal |
Pelan Penyusunan Semula Modal (Deleveraging)
| Langkah | Kesan Kewangan | Implikasi kepada Syarikat |
|---|---|---|
| Bayar balik pinjaman bank | RM6.0 juta | Mengurangkan hutang dengan ketara |
| Baki pinjaman selepas pelunasan | ~RM1.0 juta | Beban hutang hampir sifar |
| Gearing selepas penggunaan dana | 0.02 kali | Struktur modal sangat konservatif |
| Penjimatan faedah tahunan | ~RM0.4 juta | Lebih banyak tunai untuk operasi & keuntungan |
Implikasi Strategik kepada Pelabur
| Aspek | Analisis Ringkas |
|---|---|
| Tahap risiko kewangan | Rendah selepas IPO |
| Fleksibiliti kewangan | Tinggi, sesuai untuk fasa pertumbuhan |
| Fokus pengurusan | Kestabilan jangka panjang berbanding leverage agresif |
| Kesan kepada keuntungan | Penjimatan faedah menyokong margin bersih |
- Kedudukan kewangan syarikat kelihatan kukuh Selepas IPO
- Strategi Utama syarikat adalah untuk mengurangkan beban hutang dan memperbaiki aliran tunai semasa
- Kesan kepada pemegang saham dengan risiko kewangan yang rendah,dan ini merupaka asas pembayaran dividen masa depan yang lebih sihat
- Perkara yang perlu diperhati sekarang adalah keupayaan syarikat mengekal disiplin modal selepas penyenaraian
Pengurusan hutang dan modal ini berkait rapat dengan dasar pengagihan keuntungan syarikat pada masa depan. Struktur kewangan yang lebih ringan memberi ruang kepada SBS Nexus untuk memberi pulangan kepada pemegang saham apabila perniagaan mencapai tahap kematangan.
SWOT Analysis
| Strengths (Kekuatan) | Weaknesses (Kelemahan) | Opportunities (Peluang) | Threats (Ancaman) |
|---|---|---|---|
| Rekod 22 tahun & jenama ShangHai yang dikenali dalam SME Mandarin | Tiada kontrak pelanggan jangka panjang, pendapatan projek tidak stabil | Tembusi pasaran SME Melayu melalui MyUsahawanMedia | Pegangan promoter tinggi (56.5%), minoriti kurang pengaruh |
| Model bisnes one-stop (offline + digital) memudahkan cross-sell | Margin untung kasar jatuh ketara (56% → 35%) | HQ & studio sendiri untuk kurangkan outsourcing dan baiki margin | Kontrak besar (‘Entity T’) tamat 2026 (~15% hasil) |
| Pertumbuhan hasil & untung yang konsisten (2022–2024) | Bergantung kepada pengurusan & bakat utama | Penjimatan faedah ~RM0.4 juta setahun selepas bayar hutang | Tekanan jualan saham selepas moratorium tamat |
| Struktur kewangan jauh lebih kukuh selepas IPO (hampir sifar hutang) | Tiada polisi dividen tetap, fokus bukan income | Trend permintaan digital branding + market share masih kecil | Risiko pelaksanaan pelan pengembangan & reputasi jenama |
5 Perkara Kritikal Pelabur Perlu Pantau Selepas IPO
| Fokus | Kenapa Penting |
|---|---|
| Margin untung kasar | Jika margin mula stabil atau naik, itu tanda HQ baharu dan kawalan kos berjaya. Jika terus jatuh, itu amaran keras. |
| Prestasi MyUsahawanMedia | Ini kunci pertumbuhan masa depan. Tanpa traction sebenar, cerita IPO jadi lemah. |
| Kontrak ‘Entity T’ | Hampir 15% hasil. Status pembaharuan kontrak ini sangat kritikal menjelang 2026. |
| Tarikh tamat moratorium | Berpotensi berlaku tekanan jualan besar. Harga saham boleh jadi volatile. |
| Disiplin penggunaan dana IPO | Sama ada dana digunakan ikut pelan atau mula lari dari strategi asal. |
Apa yang boleh kita nampak kat sini,IPO SBS Nexus ialah sebuah syarikat matang yang mahu upgrade level.
Ia bukan syarikat rugi yang tengah terdesak nak cari dana untuk selamatkan diri. Sebaliknya, ia syarikat yang sudah untung, tetapi sedang berdepan tekanan margin dan perlu berubah untuk terus berkembang.
Langkah utama SBS Nexus Berhad jelas:
- Untuk Kurangkan hutang
- Membina keupayaan dalaman
- Masuk pasaran SME Melayu yang jauh lebih besar
Persoalan utama untuk pelabur mudah saja:
Bolehkah SBS Nexus hentikan kejatuhan margin dan berjaya menjadikan MyUsahawanMedia sebagai enjin pertumbuhan baharu?
Jika berjaya, struktur kewangan yang hampir tanpa hutang memberi kelebihan besar. Jika gagal, tekanan margin dan kebergantungan kepada beberapa klien besar boleh jadi masalah serius.
Nak belajar lebih detail pasal SWOT analisis teruskan bacaan di artikel kami ini: [Teknik SWOT Untuk IPO: Cara Newbie Nilai Kekuatan & Risiko Syarikat Sebelum Melabur]
Dividend Policy SBS Nexus
| Perkara | Perincian |
|---|---|
| Polisi Dividen | SBS Nexus Berhad tidak mempunyai polisi dividen rasmi buat masa ini. Namun begitu, Lembaga Pengarah telah menyatakan hasrat untuk membayar dividen pada masa hadapan, tertakluk kepada prestasi kewangan kumpulan, keperluan modal kerja, serta faktor-faktor lain yang relevan. |
| Isyarat Pengurusan | Kenyataan ini menunjukkan pengurusan bersikap berhati-hati, sambil mengekalkan fleksibiliti untuk mengimbangi antara pembayaran dividen dan pembiayaan pertumbuhan perniagaan. |
| Sumber Pembayaran Dividen | Dividen terdahulu dibiayai melalui dana dalaman yang dijana sendiri, mencerminkan keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada operasi. |
| Dividen Pra-Penyenaraian | Syarikat telah mengesahkan tiada dividen akan diisytiharkan dari tarikh praktikal terakhir prospektus sehingga tarikh penyenaraian di Pasaran ACE. |
Nak tahu apa best nya Dividen ni bagi pada pelabur macam kita baca lanjut Disini:[Panduan Mesra Pelaburan Saham Dividen: Perjalanan Menuju Kebebasan Kewangan Anda]
Sejarah Pembayaran Dividen
| Tahun Kewangan Berakhir | Dividen Diisytiharkan & Dibayar (RM’000) |
|---|---|
| FYE 2022 | 6,200 |
| FYE 2023 | 3,800 |
| FYE 2024 | 5,000 |
Key Takeaways Untuk Pelabur
| Aspek | Penilaian |
|---|---|
| Profil Pelaburan | IPO SBS Nexus menawarkan peluang memiliki saham dalam sebuah syarikat pemasaran yang telah beroperasi lama dan mempunyai pelan jelas untuk mempelbagaikan pasaran. |
| Kekuatan Kewangan | Kedudukan kunci kira-kira dijangka lebih kukuh selepas penyenaraian, dengan tahap hutang yang lebih rendah. |
| Risiko Utama | Pelabur perlu memberi perhatian kepada penyusutan margin keuntungan kebelakangan ini dan keupayaan pengurusan melaksanakan pelan pengembangan secara menguntungkan. |
| Sesuai untuk siapa | Lebih sesuai untuk pelabur yang mencari potensi pertumbuhan jangka sederhana hingga panjang, bukan semata-mata pendapatan dividen segera. |
Peer Comparison
SBS Nexus Berhad merupakan pemain niche dalam industri penjenamaan dan pemasaran Malaysia yang bernilai hampir RM8.9 bilion (2024). Walaupun pegangan pasaran syarikat masih kecil (<1%), SBS Nexus mencatat margin keuntungan yang sangat kukuh berbanding rakan industri.
IPO ini bertujuan membiayai pengembangan skala operasi, diversifikasi pasaran ke SME Melayu, dan pengukuhan kunci kira-kira. Namun, model perniagaan berasaskan projek dan kebergantungan kepada individu utama serta kontrak tertentu kekal sebagai risiko material.
Nak tahu lebih mendalam pasal peer comparison boleh baca disini:Cara Bandingkan Saham Syarikat: Teknik Peer Review Analysis Untuk Newbie
Gambaran Industri & Kedudukan Pasaran
| Segmen Industri | Huraian Ringkas | Saiz Pasaran |
|---|---|---|
| Offline Branding | OOH, PR, event, penerbitan fizikal | RM3.30 bilion |
| Digital Branding | Iklan digital, digital OOH, aplikasi web & mudah alih | RM5.61 bilion |
| Jumlah Pasaran | — | RM8.91 bilion |
Industri Penjenamaan & Pemasaran Malaysia (2024)
Kedudukan SBS Nexus dalam Pasaran
| Segmen | Hasil (FY2024) | Pegangan Pasaran |
|---|---|---|
| Offline Branding | RM11.16 juta | 0.34% |
| Digital Branding | RM17.16 juta | 0.31% |
SBS Nexus masih kecil dalam industri yang sangat besar dan berpecah-pecah. Ini bermaksud risiko persaingan tinggi, tetapi pada masa yang sama ruang pertumbuhan masih luas jika strategi berjaya dilaksanakan.
Perbandingan Dengan Rakan Industri
| Syarikat | Hasil (RM juta) | Margin Kasar | Margin PAT |
|---|---|---|---|
| SBS Nexus | 29.92 | 50.0% | 25.4% |
| Kingdom Digital | 23.76 | N/A | 8.75% |
| Business Media Int. | 15.00 | 60.2% | 28.33%* |
| Innity | 45.63 | N/A | (3.59%) |
SBS Nexus bukan paling besar, tetapi antara paling menguntungkan dalam kumpulan ini — satu kekuatan penting untuk syarikat servis.
Risiko Perniagaan SBS Nexus
Risiko Operasi & Perniagaan
| Risiko | Kenapa Penting |
|---|---|
| Reputasi Jenama ShangHai | Penurunan sumbangan hasil → risiko persepsi |
| Tiada Kontrak Jangka Panjang | Pendapatan tidak stabil |
| Bergantung kepada Pengurusan Utama | Risiko kesinambungan operasi |
| Kekurangan Bakat Kreatif & IT | Projek boleh terganggu |
| Pembekal Pihak Ketiga | Kos & gangguan perkhidmatan |
| Kontrak “Entity T” | 14.8% hasil FY2024, tamat 2026 |
Risiko Pelabur & Pemegang Saham
| Risiko | Implikasi |
|---|---|
| Pegangan Promoter 56.5% | Kawalan tinggi, isu tadbir urus |
| Kecairan Saham | Tiada jaminan dagangan aktif selepas IPO |
Apa Yang Dapat Kita Simpulkan Disini?
Ini bukan saham “selamat stabil”. Ia sesuai untuk pelabur yang faham risiko perniagaan servis, bukan pelabur yang mencari pendapatan konsisten seperti utiliti atau bank.
SBS Nexus Berhad ialah syarikat penjenamaan yang sudah matang, menguntungkan, dan mempunyai strategi jelas pasca-IPO. Nilai sebenar syarikat ini terletak pada keupayaannya menukar kelebihan niche Mandarin kepada pasaran SME Melayu yang jauh lebih besar.
Namun, pelabur perlu sedar bahawa:
- Pendapatan tidak dijamin (projek-based)
- Risiko bergantung kepada individu & kontrak tertentu
- Kawalan promoter sangat dominan
Ini ialah saham pertumbuhan berisiko sederhana–tinggi, sesuai untuk pelabur yang faham perniagaan servis dan menilai keupayaan pelaksanaan pengurusan, bukan sekadar cerita IPO.
Nak tahu pasal risiko anda boleh dalami melalui artikel kami ini:[Strategi Melabur IPO: 6 Cara Meminimumkan Risiko & Kerugian]
Belajar Asas Pelaburan Saham Dengan Kami
Tingkatkan asas pelaburan anda dengan Pendrive Mahersaham — himpunan video kelas-kelas saham yang disusun khusus untuk membantu pelabur baharu memahami pasaran dengan lebih jelas dan teratur.
Dalam pendrive ini, anda akan belajar konsep asas, teknik analisis, cara menilai syarikat, serta langkah membuat keputusan pelaburan yang lebih yakin. Semua disampaikan dalam bahasa yang mudah, praktikal, dan sesuai untuk mereka yang baru bermula.
Jika anda ingin mengelakkan kesilapan biasa pelabur baru, memperkukuh pemahaman sebelum melabur, atau membina asas yang kukuh sebelum ke tahap seterusnya — pendrive ini adalah permulaan terbaik.
Pelaburan yang bijak bermula dengan ilmu.
Dapatkan Pendrive Mahersaham dan mula bina keyakinan anda hari ini.
