Cara Bandingkan Saham Syarikat: Teknik Peer Review Analysis Untuk Newbie
<p>Apa itu Company Peer Review? “Company Peer Review Analysis adalah proses membandingkan prestasi kewangan sesebuah syarikat dengan pesaing-pesaingnya dalam industri yang sama untuk menentukan sama ada harga saham tersebut murah…</p>

Apa itu Company Peer Review? “Company Peer Review Analysis adalah proses membandingkan prestasi kewangan sesebuah syarikat dengan pesaing-pesaingnya dalam industri yang sama untuk menentukan sama ada harga saham tersebut murah atau mahal dari segi valuation.”
Bayangkan situasi ni: Anda tengah berkira-kira nak beli kereta baharu. Katakanlah anda minat dengan kereta jenama H. Adakah anda terus pergi showroom dan letak duit deposit?
Mesti tak, kan?
Kebiasaannya, anda akan buka YouTube, tengok review perbandingan. Anda akan bandingkan jenama H dengan jenama T atau jenama P. Anda nak tahu mana satu minyak lebih jimat, mana satu resale value lebih tinggi, dan mana satu servis nya murah. Anda takkan buat keputusan hanya berdasarkan brosur satu kereta saja.
Haa, dalam dunia saham, inilah yang kita panggil Company Peer Review Analysis.
Bunyi macam teknikal sangat, kan? Tapi sebenarnya, ia cuma istilah fancy untuk “tengok apa competitors sebelah buat jer”.
Dalam dunia pelaburan saham, proses ‘tengok orang sebelah’ ini sangat kritikal. Ramai newbie rugi sebab mereka beli saham membuta tuli tanpa tahu cara bandingkan saham syarikat dengan betul.
Istilah profesionalnya adalah Company Peer Review Analysis, tapi asasnya mudah: kita nak cari siapa jaguh sebenar dalam industri tersebut.”
Bagi kita yang newbie di Bursa Malaysia, analisis ini kritikal. Kita nak bandingkan prestasi kewangan syarikat yang kita minat tu dengan pesaing-pesaing (peers) dia dalam industri yang sama.
Kita nak tahu adakah syarikat tu betul-betul “King” dalam sektor dia, atau sekadar jaguh kampung yang nampak hebat sebab kita tak compared dengan orang lain.
Tanpa buat analisis peer ni, anda ibarat sedang membeli rumah tanpa menyemak harga pasaran kawasan sekeliling. Silap haribulan, terbeli mahal!
Kenapa Kena Susah Payah Bandingkan Prestasi Industri?
Mungkin ada yang tanya, “Tuan, kalau report syarikat tu dah terang-terang tunjukan keunungaan, beli sajalah. Kenapa nak pening-peningkan kepala tengok syarikat lain?”
Ini jawapan jujur saya: Nombor boleh menipu jika tiada konteks.
Mari saya bagi contoh mudah. Katakan Syarikat A umumkan keuntungan RM1 juta tahun ini. Bunyi macam banyak, kan? Tapi, kalau anda buat competitive benchmarking, tiba-tiba anda nampak Syarikat B dan Syarikat C (pesaing dia) masing-masing buat untung RM50 juta pada tahun yang sama.
Tiba-tiba, RM1 juta tadi nampak “ciput”. Dari sini jer dah boleh beri tahu kita yang rupanya Syarikat A ni merupakan pemain paling lemah dalam industri.
Sebab itulah peer comparison ni wajib. Ia bantu anda menjawab soalan-soalan cepumas:
- Adakah syarikat ni tengah perform atau tengah semput berbanding competitors dia?
- Adakah pengurusan syarikat ni cekap mengawal kos, atau boros berbelanja?
- Adakah harga saham ni murah sebab dia “undervalued”, atau murah disebab bisnes dia yang memang tak laku?
Kita nak elakan melabur dalam syarikat yang kita sangka “kuda lumba”, rupanya “kuda tua”.
“Inilah sebab kenapa cara bandingkan saham syarikat itu penting. Kita tak nak syarikat yang nampak gah seorang diri, tapi sebenarnya ‘ayam tambatan’ yang paling lemah bila diletakkan sebelah-menyebelah dengan pesaingnya.

Cara Bandingkan Saham Syarikat: 5 Benda Wajib Tengok (Kau Tak Perlu Jadi Akauntan Pun)
Baik, sekarang kita masuk bab teknikal sikit, tapi jangan risau, saya permudahkan. Bila anda buka laporan kewangan atau screener saham, jangan tengok semua benda sampai kelabu asap mata. Kalau anda nak tahu cara bandingkan saham syarikat macam pro, fokus pada 5 elemen asas ini saja:”
Revenue (Jualan) & Pertumbuhan
Ini asas perniagaan.tak ada sales,tak ada la business tuan-tuan. Berapa jualan dia buat? Tapi jangan tengok pada angka saja, tengok trend.
Kalau Syarikat A jualan dia naik 5% setahun, tapi purata industri naik 20%, ada benda yang tak kena ni. Mungkin produk dia dah tak relevan, atau pesaing dah “makan” bahagian pasaran (market share) dia.
Dalam analisis peer, kita nak cari syarikat yang pertumbuhannya laju atau sekurang-kurangnya seiring dengan industri.
Margin Keuntungan (Baki Masuk Poket)
Ini beza antara syarikat yang hanya “buat duit cukup-cukup makan” dengan “cipta lebihan duit”
- Gross Margin: Lepas tolak kos barang, berapa yang tinggal?
- Net Margin: Lepas tolak gaji staff, bil elektrik, cukai semua, berapa bersih masuk poket?
Kalau Syarikat X jual burger RM10 dan untung bersih RM2, manakala Syarikat Y jual burger RM10 tapi untung bersih RM4, jelas Syarikat Y lebih cekap. Dia mungkin pandai nego harga bahan mentah atau proses dia lebih efisien. Kita nak syarikat macam Y. Consistently.
Kos Operasi (Siapa Lebih Jimat?)
Dalam cara menilai syarikat pesaing, tengok siapa yang paling pandai menjaga kos. Masa ekonomi tengah gawat, syarikat yang kos operasinya rendah selalunya boleh survive, manakala syarikat yang boros akan mula membuang pekerja atau catat kerugian. Cari pengurusan yang orang kata “kedekut” nya bertempat.
Hutang (Leverage)
Hutang ni macam kolesterol. Ada yang baik, ada yang jahat. Tapi kalau berlebihan, boleh kena serangan jantung.
Bandingkan Debt-to-Equity Ratio. Kalau dalam sektor Hartanah, Syarikat P hutang dia 0.2 kali ganda ekuiti, tapi Syarikat Q hutang dia sampai 1.5 kali ganda, Syarikat Q tu berisiko tinggi. Kalau OPR (kadar faedah) naik, Syarikat Q yang akan pening kepala nak bayar interest bank dulu.
Model Perniagaan (Cara syarikat Buat Duit)
Walaupun dalam industri yang sama, tak semestinya cara buat duit sama. Contoh dalam sektor penerbangan: Ada yang model kos rendah (macam AirAsia), ada yang model premium (macam MAS).
Bila buat analisis perbandingan peer ni, pastikan anda faham strategi perniagaan mereka. Jangan pelik kenapa margin untung syarikat premium lain sikit berbanding syarikat bajet.
Macam Mana Newbie Nak Mula Tanpa Keluar Modal?
Berita baik untuk geng pelabur marhaen macam kita: Data ni semua percuma tuan-tuan.
Tuan-tuan semua tak perlu langgan terminal Bloomberg yang berpuluh ribu ringgit sebulan.
Langkah 1: Guna Laporan Tahunan (Annual Report)
Masuk website Bursa Malaysia, download Annual Report. Cari bahagian “Management Discussion & Analysis”. Di sini, CEO syarikat selalunya akan “meluahkan perasaan”. Dia akan bercerita pasal cabaran industri dan apa strategi dia melawan pesaing.

Langkah 2: Portal Screener Percuma
Gunakan tools macam KLSE Screener, Stock Hunter,TradingView, atau Bursa Marketplace. Anda boleh letak 3-4 syarikat sebelah-sebelah dan sistem akan bandingkan PE Ratio, ROE, dan Dividend Yield secara automatik. Jimat masa!
Langkah 3: Baca Prospektus (Kalau IPO)
Kalau anda minat saham IPO, ini “kitab” wajib. Cari bab “Independent Market Research” (IMR). Penganalisis dah siap buatkan carta pai bahagian pasaran (market share) untuk anda. Tinggal baca dan hadam saja.
Prospectus dah tak susah nak cari,bersepah kat laman web rasmi Bursa:IPO Summary
Nak tahu lebih lanjut pasal IPO,Anda boleh lah baca Disini:Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam?
Realiti vs Jangkaan: Cara Tafsir Data (Kisah Dua Kedai Perabot)
Jom kita buat satu simulasi mudah supaya nampak gambaran sebenar. Kita tak payah guna nombor pening-pening.
Bayangkan dua syarikat perabot kat Bursa: Syarikat Kayu Jati (A) dan Syarikat Papan Lapis (B).
- Syarikat A (Premium): Jual sofa harga RM10,000 satu set. Jualan tak banyak, setahun mungkin 100 set je. Tapi untung per set sangat besar (margin tebal).
- Syarikat B (Mampu Milik): Jual sofa pasang siap RM500 satu set. Jualan berdesup, setahun 10,000 set. Tapi untung per set nipis gila (margin senipis kulit bawang).
Bila newbie tengok Net Profit Margin, dia mungkin kata: “Wah, Syarikat A lagi power, margin 40%!”
Tunggu dulu. Kalau ekonomi tengah meleset, orang tak beli sofa RM10,000. Jualan Syarikat A mungkin jatuh merudum. Tapi orang tetap akan beli sofa RM500 sebab murah. Jadi, Syarikat B mungkin lebih stabil “cash flow” dia waktu gawat.
Nampak tak? Cara menilai syarikat pesaing bukan sekadar tengok siapa nombor lagi besar, tapi siapa punya bisnes model lagi tahan lasak ikut situasi ekonomi.
Pantang Larang & Kesilapan Newbie (Jangan Buat Ni!)
Dah ramai saya tengok newbie tersontot sebab salah buat analisis. Tolong elakkan perangkap ni:
Banding Epal dengan Durian
Jangan bandingkan syarikat dalam sektor Teknologi yang buat software dengan syarikat Teknologi yang buat kilang semiconductor. Walaupun dua-dua sektor “Teknologi”, kos dan cara bisnes mereka langit dengan bumi. Pastikan anda bandingkan “Epal dengan Epal”.
Terpedaya dengan “One-off Gain”
Tengok report, untung naik 500%! Terus tekan buy. Rupa-rupanya, syarikat tu baru jual tanah sekeping. Tahun depan dah tak ada tanah nak jual, untung balik ke asal. Pastikan anda tengok Core Profit (keuntungan operasi), bukan untung durian runtuh.
Syok Sendiri dengan Syarikat Cap Ayam
Jangan bandingkan syarikat Blue Chip (gergasi) dengan syarikat Small Cap (kecil) secara direct. Syarikat kecil memang nampak pertumbuhannya yang laju (sebab asas dia kecil), tapi risiko dia kalau jatuh, memang sakit!
Apa Langkah Seterusnya?
Akhir kata, belajar cara bandingkan saham syarikat bukanlah roket sains. Ia cuma logik akal yang digabungkan dengan sedikit rajin membaca. Bila anda dah mahir teknik ini, anda takkan mudah terpengaruh dengan buy call sembarangan sebab anda tahu menilai sendiri siapa yang lebih padu.”
Analisis ini akan bantu anda tidur lena. Anda takkan risau saham anda jatuh sikit sebab anda tahu fundamental syarikat anda lebih kuat berbanding pesaing dia. Anda tahu anda pegang “Juara”, bukan “Penonton”.
Langkah seterusnya untuk anda: Minggu ini, cuba pilih satu sektor yang anda minat (contoh: F&B atau Teknologi). Pilih 2 syarikat dalam sektor tu. Buka screener saham, dan bandingkan Margin Keuntungan serta Hutang mereka. Tanya diri anda: “Kenapa Syarikat A lagi perform dari Syarikat B?”
Jawapan yang anda jumpa tu, itulah kunci kejayaan pelaburan anda.
Selamat melabur dan jadilah pelabur bijak, bukan pelabur ikut-ikutan!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
PenDrive Ajaib Mahersaham,padat dengan Ilmu-Ilmu saham. Bantu transform diri anda dari Zero to Hero berkaitan pengatahuan Asas Pelaburan Saham Malaysia & Global.Dapatkan Cepat,Stock Sangat Terhad dah akhir tahun.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
