Cara Analisis Use of Proceeds IPO: Panduan Prospektus Untuk Newbie
<p>Kenapa anda perlu belajar teknik kajian “use of proceeds”? Pelaburan dalam Initial Public Offering (IPO) sering dianggap sebagai “golden ticket” untuk meraih keuntungan pantas di Bursa Malaysia. Namun, realitinya jauh…</p>

Kenapa anda perlu belajar teknik kajian “use of proceeds”? Pelaburan dalam Initial Public Offering (IPO) sering dianggap sebagai “golden ticket” untuk meraih keuntungan pantas di Bursa Malaysia. Namun, realitinya jauh berbeza. Ramai pelabur baru (“newbie”) terjebak membeli saham syarikat yang “indah khabar dari rupa” kerana gagal melakukan satu perkara asas: membaca prospektus.
Di dalam dokumen setebal ratusan muka surat itu, terdapat satu bab yang paling kritikal untuk menentukan hala tuju wang anda. Bab tersebut adalah “Use of Proceeds” atau Kegunaan Dana.
Artikel ini akan membongkar secara mendalam teknik “kajian use of proceeds” supaya anda boleh menilai sama ada sesebuah syarikat itu sedang mencari dana untuk berkembang maju, atau sekadar mencari “talian hayat” untuk membayar hutang lapuk.
Newbie yang masih blur dan tertanya-tanya apa tu saham IPO? Baca Selanjutnya Disini:Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam?
Pengenalan: Apa Itu Use of Proceeds?
Secara asasnya, Use of Proceeds adalah bahagian dalam prospektus IPO yang memperincikan bagaimana syarikat merancang untuk membelanjakan wang yang bakal dikutip daripada orang ramai (pelabur) melalui penyenaraian saham baharu.
Bayangkan anda meminjamkan wang kepada seorang kawan yang nak memulakan bisnes burger. Soalan pertama yang anda pasti akan tanya adalah: “Duit RM10,000 ni kau nak buat apa?”
Jika dia menjawab “Beli dapur canggih dan buka gerai baru”, anda mungkin kedengaran meyakinkan.
Tetapi jika dia bagi tahu “Nak bayar hutang kad kredit aku”, anda pasti akan tarik diri.
Begitulah konsep analisis use of proceeds. Ia memberitahu anda niat sebenar pengurusan syarikat gunakan dana yang dikutip dari pelabur.
Kenapa Ia Penting?
- Indikator Pertumbuhan: Ia menunjukkan sama ada syarikat mahu membesar (growth) atau sekadar bertahan (survival).
- Penentu Valuation: Adakah harga IPO (PE Ratio) yang mahal itu berbaloi dengan rancangan masa depan mereka?
- Ketelusan Pengurusan: Perincian penggunaan dana mencerminkan betapa teliti dan strategik pihak pengurusan merancang masa depan.
Kenapa Use of Proceeds Menjadi Penanda Kualiti IPO
Dalam dunia pelaburan profesional, dana yang dikutip dari IPO sepatutnya menjadi “bahan api” untuk enjin pertumbuhan syarikat.
Penganalisis saham melihat bab ini untuk memahami Equity Story syarikat tersebut.
Kaitan dengan Strategi Jangka Panjang (CAPEX vs OPEX)
Syarikat yang berkualiti biasanya memperuntukkan sebahagian besar dana untuk Capital Expenditure (CAPEX). Ini termasuk pembinaan kilang baru, pembelian mesin automasi, atau pembukaan cawangan tambahan. Ini adalah perbelanjaan yang akan menjana pendapatan di masa depan.
Sebaliknya, jika dana banyak digunakan untuk Operating Expenditure (OPEX) atau Modal Kerja (Working Capital) tanpa justifikasi kukuh, ia mungkin bermakna syarikat mempunyai masalah aliran tunai (cash flow) dan memerlukan duit pelabur semata-mata untuk membayar gaji pekerja atau bil elektrik.
Hubungan dengan Risiko
Cara dana diperuntukkan mengubah profil risiko pelaburan:
- Agresif: 80% dana untuk pengembangan pasaran luar negara (Potensi untung besar, risiko gagal juga besar).
- Defensif: 50% dana untuk membayar hutang bank (Mengurangkan kos faedah, menstabilkan syarikat, tetapi kurang pertumbuhan drastik).
Cara Menilai Jadual Use of Proceeds (Step-by-Step)
Bagi newbie, melihat jadual kewangan mungkin menakutkan. Berikut adalah langkah demi langkah untuk mengkaji jadual analisis use of proceeds dengan mudah.
Langkah 1: Lihat Komposisi Peratusan (%)
Biasanya jadual ini mempunyai kolum “Amount (RM’000)” dan “% of Gross Proceeds”. Jangan hanya lihat nilai RM, lihat peratusannya.
Scenario Ideal: Majoriti dana (>50%) disalurkan kepada pengembangan perniagaan (Business Expansion/CAPEX).
Scenario Berjaga-jaga: Jika peruntukan untuk “Repayment of Bank Borrowings” melebihi 40-50%, anda perlu bertanya kenapa syarikat ini terlalu banyak hutang.
Langkah 2: Nilai Timeline Penggunaan Dana
Setiap item dalam jadual akan mempunyai kolum “Estimated Timeframe for Use”.
- Jangka Pendek (<12 bulan): Biasanya untuk modal kerja atau bayar hutang.
- Jangka Panjang (24-36 bulan): Biasanya untuk pembinaan fasiliti atau R&D.
Tip Pro: Jika syarikat teknologi mengutip dana tetapi hanya akan menggunakannya dalam tempoh 36 bulan untuk R&D, adakah teknologi itu masih relevan 3 tahun lagi? Dalam sektor pantas, timeline yang terlalu lama adalah satu risiko.
Langkah 3: Analisis Keperluan vs Hasil
Adakah jumlah yang diminta logik? Contohnya, jika syarikat mahu RM10 juta untuk “Marketing” tetapi hasil jualan (Revenue) mereka hanya RM5 juta setahun, adakah kempen pemasaran itu realistik atau satu pembaziran?
Langkah 4: Bandingkan dengan Industri (Peer Comparison)
- Syarikat Pembinaan: Wajar guna dana untuk beli jentera berat.
- Syarikat Software: Tidak wajar beli tanah/bangunan (biasanya sewa), tetapi wajar guna dana untuk R&D dan talent acquisition.
Jika analisis use of proceeds syarikat lari jauh daripada norma industri, itu sudah pasti menimbulkan persoalan besar.
Teknik Membuat Kajian Mendalam (Deep Analysis)
Untuk mencapai tahap analisis seperti pelabur institusi atau “Smart Money”, anda tidak boleh membaca jadual Use of Proceeds secara berasingan. Anda perlu melakukan “Cross-Reference”.
Cross-Check dengan “Business Overview”
Pergi ke bahagian Business Strategies and Future Plans dalam prospektus.
- Jika strategi utama syarikat adalah “Menembusi pasaran Vietnam”, pastikan dalam jadual Use of Proceeds ada peruntukan spesifik untuk “Expansion to Vietnam”.
- Jika tiada, bermakna strategi itu hanya sembang kosong atau belum ada pelan konkrit.
Cross-Check dengan “Financial Information”
Lihat kunci kira-kira (Balance Sheet).
- Jika dalam Use of Proceeds mereka mahu bayar hutang bank sebanyak RM20 juta, semak bahagian Liabiliti. Berapakah jumlah hutang semasa?
- Jika hutang keseluruhan adalah RM100 juta, dan mereka hanya bayar RM20 juta, beban hutang masih tinggi.
- Namun, jika hutang RM20 juta dan mereka bayar “lump sum”, syarikat akan menjadi “Zero Gearing” (bebas hutang), yang mana sangat bagus untuk keuntungan bersih masa depan (sebab tak perlu bayar interest bank lagi).
Semak Burn Rate (Untuk Syarikat Tech/Startup)
Bagi syarikat yang belum untung (biasa dalam ACE Market), analisis use of proceeds adalah tentang kelangsungan hidup.
- Kira berapa purata kerugian bulanan mereka.
- Bahagikan jumlah “Working Capital” dalam IPO dengan kerugian bulanan.
- Ini memberitahu anda berapa bulan syarikat boleh bertahan dengan duit IPO sebelum mereka perlu minta duit lagi (Rights Issue).
Kajian Real-Case: IPO Wasco Greenergy Berhad (Sektor Tenaga)
Dalam bahagian ini, kita akan membedah prospektus sebenar Wasco Greenergy Berhad, anak syarikat Wasco Berhad yang kini dalam proses penyenaraian di Pasaran Utama (Main Market) Bursa Malaysia.(ketika artikel ini sedang ditulis)
Ini adalah contoh klasik “Growth IPO” di mana syarikat mengumpul dana sepenuhnya untuk pengembangan, bukan untuk membayar hutang.
Maklumat IPO Sebenar:
- Harga Tawaran: RM1.00 seunit
- Jumlah Dana Public Issue: RM75.0 Juta
- Tarikh Prospektus: November 2025
Jadual Use of Proceeds Sebenar: Wasco Greenergy Berhad
Berdasarkan data rasmi prospektus, berikut adalah pecahan ke mana RM75 juta tersebut akan pergi:
| No. | Butiran Penggunaan Dana | Jumlah (RM Juta) | Peratusan (%) | Kategori |
| 1 | Pengembangan Perniagaan (Pemilikan Aset Tenaga) | 38.2 | 50.9% | Growth (CAPEX) |
| 2 | Penambahbaikan Fasiliti Operasi & Peralatan | 12.5 | 16.7% | Growth (CAPEX) |
| 3 | Perbelanjaan Penyenaraian (Listing Expenses) | 9.8 | 13.1% | One-off Cost |
| 4 | Pengembangan Operasi di Indonesia | 5.5 | 7.3% | Market Expansion |
| 5 | Digitalisasi & Infrastruktur AI | 5.0 | 6.7% | Efficiency |
| 6 | Penyelidikan & Pembangunan (R&D) | 4.0 | 5.3% | Innovation |
| 7 | Pembayaran Hutang Bank | 0.0 | 0.0% | Deleverage |
| Total | Jumlah Kasar | 75.0 | 100.0% |
(Sumber data: Prospektus IPO Wasco Greenergy Berhad, Nov 2025)
Prospectus Wasco Greenergy Berhad Anda boleh Download Disini
Analisis ‘Deep Dive’
Sebagai pelabur, inilah cara anda patut membaca jadual di atas:
1.Sifar Pembayaran Hutang (The Zero-Debt Signal) Perhatikan item pembayaran hutang adalah KOSONG (0%).
- Maksud Tersirat: Ini sangat jarang berlaku untuk syarikat Main Market. Ia menunjukkan aliran tunai (cashflow) sedia ada syarikat sudah cukup kuat untuk menanggung operasi harian.
- Kesimpulan: 100% duit pelabur digunakan untuk masa depan, bukan untuk membayar hutang masa lalu. Ini adalah isyarat sangat bullish dari segi pengurusan kewangan.
2. Transisi Model Bisnes (The Pivot Story) Lihat Item 1: RM38.2 Juta (50.9%) diperuntukkan khusus untuk “Pemilikan Aset”.
- Konteks: Sebelum ini, Wasco Greenergy banyak beroperasi sebagai kontraktor (EPCC) — buat kerja, dapat duit sekali.
- Strategi Baru: Dengan dana ini, mereka mahu membina dan memiliki loji tenaga (model Build-Own-Operate). Ini bermakna mereka akan menjana Pendapatan Berulang (Recurring Income) jangka panjang daripada penjualan tenaga wap/elektrik. Dana ini mengubah DNA syarikat daripada “Kontraktor” kepada “Tauke Loji”.
3.Pertaruhan Pasaran Indonesia Sebanyak RM5.5 Juta (7.3%) dikhaskan untuk membuka cawangan dan operasi di Indonesia.
- Risiko vs Pulangan: Pasaran biojisim Indonesia adalah jauh lebih besar daripada Malaysia. Walaupun jumlah peruntukan nampak kecil (7.3%), ia adalah langkah strategik untuk menembusi pasaran luar negara. Jika berjaya, siling keuntungan (profit ceiling) syarikat akan naik mendadak dalam 3-5 tahun akan datang.
4. Kos Penyenaraian Yang Agak Tinggi Kos listing adalah RM9.8 Juta (13.1%).
- Analisis: Biasanya kos listing adalah sekitar 5% – 8%. Angka 13.1% dianggap agak tinggi.
- Sebab Munasabah: Ini mungkin melibatkan kos penyusunan semula korporat (spin-off dari syarikat induk Wasco Berhad) dan kos guaman rentas sempadan untuk struktur di Indonesia. Walaupun tinggi, ia boleh diterima asalkan ia kos “sekali bayar” (one-off).
Kesimpulan Kajian Kes:
Profil Use of Proceeds Wasco Greenergy adalah “Aggressive Growth”. Syarikat ini tidak bermain secara defensif (tiada bayar hutang).
Sebaliknya, mereka menggunakan RM75 juta ini sebagai “fuel” untuk mengubah model bisnes mereka kepada pemilik aset (Asset Owner) dan menakluk pasaran serantau.
Bagi pelabur newbie, ini adalah contoh prospektus yang menunjukkan keyakinan pengurusan terhadap masa depan syarikat.
Red Flags: Tanda-Tanda Bahaya dalam Use of Proceeds
Sebagai newbie, anda wajib mengenal “Red Flags” ini. Jika jumpa, sila buat kajian lebih mendalam atau elakkan terus.
“Offer for Sale” (OFS) vs “Public Issue”
Ini adalah konsep paling penting.
- Public Issue: Saham baru diterbitkan. Duit masuk ke dalam akaun syarikat untuk kegunaan perniagaan (seperti jadual di atas).
- Offer for Sale (OFS): Pemegang saham lama (founder/pelabur awal) menjual saham mereka kepada anda. Duit ini masuk ke poket peribadi founder, BUKAN syarikat.
Red Flag: Jika majoriti IPO adalah OFS dan hanya sedikit Public Issue. Ini bermakna founder sedang “lari” atau cashing out, dan syarikat tidak dapat banyak duit untuk berkembang.
Peruntukan “Working Capital” yang Kabur
Jika 50% dana diperuntukkan untuk “General Working Capital” tanpa perincian, berhati-hati
- Adakah untuk gaji?
- Adakah untuk bayar pemiutang (suppliers) yang dah lama tertunggak? Pengurusan yang bagus akan memperincikan: “Working capital untuk pembelian bahan mentah bagi projek X.”
Pembayaran Hutang Menggila
Jika 60-70% dana untuk bayar hutang bank. Ini bermakna IPO ini hanyalah satu skim “bailout” oleh pelabur awam untuk menyelamatkan syarikat daripada bankrap atau ditarik kemudahan kredit oleh bank. Selepas hutang dibayar, syarikat mungkin tiada duit baki untuk berkembang.
R&D Tanpa Track Record
Syarikat mahu guna 30% dana untuk R&D produk futuristik, tetapi sejarah syarikat hanya menjual produk asas. Ini risiko pelaksanaan (execution risk). Ada kemungkinan dana habis, produk tak siap.
Checklist Analisis Use of Proceeds (Untuk Newbie)
Sebelum anda tekan butang “Apply” di apps Mplus Global tu, semak senarai ini dulu:
- [ ] Nisbah Pertumbuhan: Adakah lebih 50% dana untuk pengembangan (CAPEX, Market Expansion)?
- [ ] Nisbah Hutang: Adakah dana untuk bayar hutang kurang daripada 30%?
- [ ] Kejelasan: Adakah tujuan penggunaan dana diterangkan secara spesifik atau umum (vague)?
- [ ] Konsistensi: Adakah penggunaan dana selari dengan “Future Plans” syarikat?
- [ ] Struktur IPO: Adakah “Public Issue” lebih besar daripada “Offer for Sale” (OFS)?
- [ ] Timeline: Adakah tempoh penggunaan dana realistik dengan kepantasan industri?
- [ ] Listing Expenses: Adakah kos penyenaraian munasabah (biasanya 5% – 15% dari total dana)?
Apa yang dapat kita rumuskan disini?
Menganalisis prospektus IPO bukanlah kerja yang menyeronokkan seperti melihat carta saham yang sedang naik, tetapi ia adalah benteng pertahanan pertama anda daripada kerugian.
Teknik analisis use of proceeds memberikan anda kelebihan psikologi.
Apabila anda tahu duit anda digunakan untuk membina kilang baharu (yang akan siap 2 tahun lagi), anda tidak akan panik jika harga saham jatuh sedikit pada bulan pertama. Anda melabur berdasarkan fundamental, bukan spekulasi.
Bila anda mulakan Fundamental Analisis,mindset anda sekarang sebagai Seorang Business Analyst dan Bukan lagi sebagai seorang punter Technical analisis
Ingatlah prinsip ini: Syarikat yang bagus menggunakan IPO untuk memacu perniagaannya ke hadapan, manakala syarikat yang lemah menggunakan IPO untuk menutup lubang dan basuh kekotoran yang dah lepas.
Warren Buffet Pernah berpesan:
If a business does well, the stock eventually follows
Ia nya bermaksud nilai sebenar sesuatu saham ditentukan oleh prestasi perniagaan, bukan sentimen pasaran jangka pendek.
Jika syarikat mempunyai asas kukuh — keuntungan meningkat, aliran tunai stabil, pengurusan baik dan model bisnes yang berkembang — lambat laun harga sahamnya pasti mencerminkan kekuatan itu .
Sebaliknya, saham yang naik kerana hype tetapi disokong oleh perniagaan yang lemah biasanya tidak bertahan lama.
Buffett mengingatkan pelabur supaya fokus pada bisnes di sebalik saham, bukan pergerakan harga harian.
Sebagai pelabur bijak, tugas anda adalah membezakan kedua-duanya melalui jadual Use of Proceeds.
Langkah Seterusnya Untuk Anda?
Jika anda sudah faham konsep ini, saya cadangkan anda muat turun satu prospektus IPO terkini di laman web Bursa Malaysia.
Terus pergi ke bahagian “Particulars of the IPO” atau “Use of Proceeds” dan cuba aplikasikan Checklist di atas. Adakah syarikat itu lulus ujian anda? Selamat melabur dengan ilmu!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Melalui Pendrive Ajaib Mahersaham ini boleh meletakan diri anda sebagai seorang traders dan pelabur yang selangkah lebih advanced dari orang lain.
Ilmu Pelaburan ini bukan sahaja boleh membantu anda mencari sumber rezeki tambahan untuk diri malah keluarga.Bukan itu sahaja,anda boleh ajar kan kepada generasi-generasi yang seterusnya ilmu kewangan ini.
Percayalah,dengan ilmu padat dari pendrive ini,sekali tengok sahaja anda dah boleh kenal pasti saham ni bagus ke tak,pelaburan ni scam ke sah.
Harta boleh habis,tapi ilmu yang di amalkan akan kekal selamanya.
Dapatkan segera sebelum stock masih ada.
