Tarikh Penting IPO Di Bursa Malaysia: Proses, Jadual & Case Study Lengkap
<p>Memahami tarikh penting IPO di Bursa Malaysia adalah langkah wajib bagi mana-mana pelabur yang ingin memohon saham IPO dengan lebih berkeyakinan dan teratur. Setiap penyenaraian mempunyai jadual yang telah ditetapkan…</p>

Memahami tarikh penting IPO di Bursa Malaysia adalah langkah wajib bagi mana-mana pelabur yang ingin memohon saham IPO dengan lebih berkeyakinan dan teratur. Setiap penyenaraian mempunyai jadual yang telah ditetapkan — bermula daripada tarikh prospektus diterbitkan, tarikh permohonan IPO dibuka dan ditutup, tarikh balloting, tarikh kredit saham ke akaun CDS, hinggalah ke hari penyenaraian rasmi.
Apabila pelabur mengetahui semua tarikh penting IPO ini lebih awal:
- Permohonan dapat dirancang tanpa terlepas deadline
- Lebih mudah tahu bila unit saham akan masuk ke akaun CDS
- Boleh bersedia untuk menjual atau tambah lagi pegangan pada hari listing
- Dapat menilai momentum pasaran sebelum hari penyenaraian
Bagi pihak syarikat pula, penetapan tarikh penting IPO ini memastikan setiap proses memenuhi syarat regulatori daripada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), sekaligus menjadikan proses penyenaraian lebih lancar dan teratur.
Untuk Newbie yang masih tak faham apa tu saham IPO boleh baca Disini:Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam?
Ringkasan Tarikh-Tarikh Penting IPO Di Bursa Malaysia
| Fasa | Julat Masa Biasa | Apa Yang Berlaku |
|---|---|---|
| Penyediaan & pra-pemasaran | Minggu – bulan | Syarikat siapkan prospektus & lantik penasihat |
| Prospektus diterbitkan | 2–4 minggu sebelum buka permohonan | Jadual indikatif (Indicative Timetable) diumumkan |
| Pembukaan permohonan | Hari 0 | Pelabur boleh mula apply IPO |
| Penutupan permohonan | Hari 5–10 | Tarikh akhir hantar permohonan |
| Balloting & peruntukan | 1–3 hari selepas tutup | Proses undian & pembahagian unit |
| Notis peruntukan | Hari sama / hari seterusnya | Notifikasi berjaya atau tidak |
| Bayaran balik | 1–3 hari bekerja | Refund untuk permohonan gagal |
| Hari Penyenaraian | 3–10 hari selepas allotment | Saham mula didagangkan di Bursa Malaysia |
Fasa Persediaan & Pra-Pemasaran-Pra IPO
Ini adalah fasa paling panjang. Antara kerja yang dibuat:
- Syarikat melantik penasihat, underwriter, peguam & auditor.
- Menyiapkan laporan kewangan 3 tahun terkini
- Menyediakan prospektus.
- Proses semakan pematuhan dan due diligence.
- Pembentangan Kepada SC & Bursa
Fasa ini memastikan syarikat betul-betul bersedia untuk menjadi syarikat tersenarai.Proses ini besar dan mahal.
Sebab itu tak semua syarikat mampu ke IPO.
Prospektus Diterbitkan (Siap dengan Jadual Indikatif)
Dokumen Paling penting dalam penyenaraian IPO
Dalam prospektus ada Info-info penting seperti:
- tujuan syarikat ke IPO
- risiko perniagaan
- prestasi kewangan 3 tahun terkini
- pemegang saham besar
- tarikh-tarikh penting IPO sebenar
Apabila prospektus diterbitkan:
- Semua maklumat IPO akan didedahkan kepada umum.
- Bahagian Indicative Timetable menunjukkan tarikh rasmi: buka permohonan, tutup, balloting, refund & listing.
Inilah dokumen rujukan paling penting untuk pelabur.
Pelabur bijak baca dan kaji prospektus terlebih dahulu sebelum apply.

Download kat sini,Teknik nak analisis Prospectus:Panduan Pelabur Bijak:Elak Terperangkap Permainan Halus Promoter IPO
Baca Selanjutnya nak tahu kat mana nak cari Info berkenaan IPO Baru:Cara Cari Prospektus IPO Baru
Pembukaan Permohonan IPO (Opening Date)
Pada hari ini:
- Pelabur runcit boleh mula apply melalui bank/broker yang dilantik.
- Pastikan ada duit mencukupi dalam akaun.
- Sediakan nombor akaun CDS (wajib).
Permohonan biasanya dibuka selama 5–7 hari.
Tips Untuk Pelabur:
- Pastikan CDS aktif
- Pastikan duit cukup
- Apply awal untuk elak server down
Penutupan Permohonan (Closing Date)
Tarikh akhir hantar permohonan.
Permohonan lewat automatik akan direject.Kalau terlepas — peluang habis.
Tarikh Balloting / Pembahagian Saham
Jika IPO ‘hot’ dan mendapat permintaan tinggi:
- Proses undian (ballot) dijalankan untuk agihkan unit secara adil.
- Registrar akan tentukan siapa berjaya & berapa unit dapat.
Untuk IPO tertentu, allotment diberi keutamaan kepada kategori tertentu mengikut prospektus.
Tarikh Allotment (Notis Peruntukan + Kredit Saham ke CDS)
Apa yang berlaku pada hari ini:
- Pelabur dapat notifikasi sama ada permohonan berjaya.
- Unit saham yang berjaya diperuntukkan akan masuk ke akaun Direct CDS pelabur.
- Pelabur boleh lah menyemak melalui broker masing-masing.
Bayaran Balik (Refund Date)
Permohonan yang tak berjaya akan dapat refund(duit dipulangkan semula):
- Kebiasaannya pada hari yang sama atau 1–3 hari bekerja.
- Refund biasanya terus kredit ke akaun bank pemohon.
Tarikh Penyenaraian (Listing Date)
Hari yang dinanti-nantikan pelabur dengan penuh debaran,lagi-lagi yang dapat Lot gajah tu:
- Saham syarikat secara rasmi mula didagangkan di Bursa Malaysia (Debut)
- Pelabur sudah boleh mula menjual/membeli unit saham yang diperuntukkan.
- Harga pembukaan ditentukan oleh permintaan pasaran dan mekanisme price discovery,selalunya menggunakan Theoretical opening price.
Harga naik atau turun selalu nya bergantung kepada:
- sentimen
- fundamental syarikat
- sektor
- pasaran semasa
Baca Lebih lanjut artikel kami berkenaan Market Sentimen:Kepentingan Memahami Pengaruh Sentimen Pasaran Dalam Saham
Untuk anda memahami dengan lebih mendalam situasi sebenar bagaimana perlaksanaan Tarikh-tarik penting IPO ini,anda boleh baca disini: Jadual IPO Bursa Malaysia: Flow Lengkap & Case Study IPO BMS Holdings Berhad
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Pen Drive Ajaib Mahersaham,padat dengan Ilmu-Ilmu saham. Bantu transform diri anda dari Zero to Hero berkaitan pengatahuan Asas Pelaburan Saham Malaysia & Global.Dapatkan Cepat,Stock Sangat Terhad dah akhir tahun.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
