Panduan & Realiti Day Trading: Apa Yang Newbie Perlu Tahu Sebelum Mula
<p>Ramai yang mempunyai salah tanggapan bahawa day trading untuk pemula adalah jalan pintas terpaling mudah untuk menjadi kaya raya. Mana tidaknya, media sosial hari ini dipenuhi dengan fake fin-fluencer yang…</p>

Ramai yang mempunyai salah tanggapan bahawa day trading untuk pemula adalah jalan pintas terpaling mudah untuk menjadi kaya raya. Mana tidaknya, media sosial hari ini dipenuhi dengan fake fin-fluencer yang menayang kereta mewah dan duit berkepuk-kepuk hasil kononnya daripada trading. Ini menyebabkan ramai newbie terjebak dan terpengaruh, menyangkakan bidang ini semudah bermain game atau berjudi online.
Namun, realitinya sangat jauh berbeza.
Rules nombor satu yang anda wajib pahat dalam minda: Day trading bukan skim cepat kaya. Ia adalah satu kerjaya profesional yang menuntut komitmen tinggi, setaraf dengan kerjaya seperti kejuruteraan, perubatan, atau guaman.
Statistik tidak menipu—sekitar 84% hingga 90% traders gagal menjana keuntungan dalam jangka masa panjang. Jika niat asal anda masuk ke pasaran saham hanyalah untuk mengejar duit mudah, lebih baik simpan sahaja wang itu dalam ASB atau Fixed Deposit. Itu jauh lebih selamat daripada lebur dalam pasaran.
Baca Selanjutnya Disini:[Trade Saham Secara Harian Atau Day Trading]
Untuk berjaya dan tidak menjadi mangsa pasaran, anda perlu faham prinsip asas yang membezakan seorang professional trader dengan seorang “taik judi”.
Disini kami Bincangkan 5 prinsip utama dalam panduan day trading untuk pemula:
Anggap Trading Sebagai Perniagaan Serius (Serious Business)
Kesilapan paling klise seorang newbie adalah menganggap trading ini sekadar hobi atau aktiviti “geli-geli” hujung minggu. Ingat, pasaran saham tidak peduli siapa anda.
Untuk berjaya, ia mesti dilayan sebagai satu perniagaan yang serius. Ini menuntut disiplin yang tinggi: bangun awal pagi, buat kajian, sediakan senarai saham untuk diperhatikan (watchlist), dan bersedia di hadapan workstation dengan profesionalisme yang sama seperti anda masuk ke pejabat korporat. Tanpa persediaan rapi, anda sebenarnya sedang merancang untuk gagal.
Utamakan Pendidikan dan Simulasi
Jangan harap dengan membaca sebuah buku atau menonton satu-dua video YouTube, anda boleh terus jadi pakar. Asas kejayaan dalam day trading untuk pemula terletak pada pendidikan yang kukuh dan latihan yang berulang-ulang.
Belajar Selok-Belok Dunia Saham Percuma di Blog Kami
Sebelum anda gatal tangan nak deposit wang sebenar, lakukanlah paper trading (simulasi dagangan) di platform simulator sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Anggaplah fasa ini sebagai latihan memandu; biasakan diri dengan jalan raya (pergerakan pasaran) dan cara mengendalikan kereta (platform) sebelum memandu di lebuh raya sebenar yang penuh risiko.

Kuasai Pengurusan Risiko (Risk Management)
Seorang trader yang cerdik tidak akan mengejar jackpot atau keuntungan besar dalam satu malam. Fokus utama mereka adalah mempersiapkan benteng pertahanan dahulu, iaitu pengurusan risiko.
Prinsip asas adalah mudah: cari titik masuk (entry) yang berisiko rendah dengan nisbah untung-rugi (Risk-to-Reward) sekurang-kurangnya 2:1. Paling penting, jangan sesekali merisikokan lebih daripada 2% daripada jumlah modal akaun anda untuk satu dagangan. Matlamat kita adalah untuk pastikan modal terpelihara supaya anda boleh terus berdagang keesokan harinya, atau dalam bahasa pasaran: “live to play another day”.
Baca Selanjutnya Artikel Kami berkaitan Risiko :[Pengenalan kepada Risk Management dalam Saham]
Disiplin Emosi Adalah Kunci
Musuh utama dalam dunia trading bukanlah pasaran, bank pelaburan, atau “jerung”, tetapi emosi anda sendiri. Perdagangan yang menguntungkan adalah perdagangan yang membosankan dan tiada emosi.
Mereka yang berdagang berlandaskan perasaan takut (fear), tamak (greed), atau menggunakan teknik “hope analysis” (berharap harga naik semula walaupun dah rugi teruk) pasti akan hancur. Professional traders patuh pada pelan dagangan mereka dengan disiplin ketat, tanpa dipengaruhi emosi walaupun pasaran sedang “menggila”.
Baca Selanjutnya Artikel Kami Berkaitan Emosi:[Psikologi Pelaburan Saham: 13 Perangkap Emosi Yang Boleh Hancurkan Portfolio Anda]
Fokus Pada Proses, Bukan Hasil
Konsistensi keuntungan biasanya mengambil masa enam hingga lapan bulan kerja keras yang intensif. Kejayaan ini bukan satu revolusi drastik, tetapi satu evolusi kemahiran.
Dalam fasa awal day trading untuk pemula, anda dinasihatkan untuk fokus kepada kualiti pelaksanaan strategi (execution) dan disiplin, berbanding asyik merenung kolum untung rugi (P&L) harian. Jika proses anda betul, duit akan datang dengan sendiri. Jika proses salah, untung hari ini akan lebur esok hari.
Baca Selanjuntya Disini:[Disiplin Seorang Trader]
Berkerja Keras Dari Awal
Perjalanan menjadi seorang trader yang berjaya boleh diumpamakan seperti mendaki sebuah gunung yang tinggi. Tiada pendaki yang boleh terus teleport ke puncak hanya dengan angan-angan kosong. Anda perlu tekun belajar, berpeluh, dan bekerja keras untuk master kemahiran ini.
Kejayaan dalam day trading untuk pemula hanya akan ditemui melalui persediaan yang teliti, langkah demi langkah, dan semangat kental untuk bertahan menempuh cabaran. Fokus pada ilmu, jaga modal ketat-ketat, dan hormatilah proses pembelajaran anda.
Sumber:Andrew Aziz
Dah Nak Masuk 2026, Tapi Masih Blur lagi nak Baca Chart?
Duit dah banyak hangus ni dalam trade,tu belum kos brokerage dan join kelas-kelas berbayar lagi.
Anda dah penat asyik “tersangkut kat pucuk-pucuk”? Atau selalu teragak-agak bila masa nak tekan butang Buy dan Sell?
Jangan bawa tabiat trading lama ke tahun baru.
Sempena Mahersaham Year End Sale, kami nak bantu anda lakukan TRANSFORMASI TOTAL dalam analisis teknikal.
lepas saja join kelas ni, anda bukan sekadar faham, tapi anda berubah menjadi trader yang:
✅ Master Segala Indicator: Tak perlu pening kepala tengok chart kosong. Anda akan faham indicator mana yang ‘power’ untuk situasi market semasa.
✅ “Makin Sharp” Baca Market Trend: Sekali pandang chart, terus nampak market tengah Bullish atau nak Bearish. Takde lagi istilah lawan arus!
✅ Sniper Entry & Exit,tak guna peluru penabur lagi dah: Ini paling mahal. Anda akan tahu exact point mana nak masuk supaya risiko rendah, dan kat mana nak TP supaya profit tak bertukar jadi loss.
✅ Pro TradingView: Tak perlu tiru chart orang lain. Anda akan pandai customize setting indicator sendiri di TradingView ikut gaya trading anda.
✅ Merdeka dari ketagihan “Buy Call”: Tak perlu lagi tunggu signal orang lain. Anda ada keyakinan penuh untuk buat keputusan sendiri (Self-reliant Trader).
Ya,Saya Nak Jadi Full Time Trader Berjaya
