10 Kesilapan Pelabur Dividen Yang Selalu Buat: Elakkan “Dividend Trap” & Rugi Besar
<p>Saban Tahun Ramai Newbie terjun ke dunia saham sebab terpengaruh dengan ayat “goyang kaki dapat duit”. Bunyinya memang indah bro, tapi realitinya, pelaburan dividen bukan sekadar beli dan tunggu duit…</p>

Saban Tahun Ramai Newbie terjun ke dunia saham sebab terpengaruh dengan ayat “goyang kaki dapat duit”. Bunyinya memang indah bro, tapi realitinya, pelaburan dividen bukan sekadar beli dan tunggu duit masuk. Tanpa ilmu, niat nak cari untung boleh bertukar jadi rugi besar sampai akaun “blown”.
Kalau anda seorang pelabur tegar atau baru saja nak berjinak-jinak, jom kita semak 10 “silly mistakes” dalam pelaburan dividen yang patut anda elakkan supaya modal anda tak hangus begitu saja.
Apa Tu Pelaburan Dividen? Baca Selanjutnya Disini [Panduan Mesra Pelaburan Saham Dividen: Perjalanan Menuju Kebebasan Kewangan Anda]
Beli Saham Sebab “Tips Murahan” Group Facebook
Kesilapan paling klasik adalah beli saham sebab nampak “tips panas” dalam group FB atau Telegram. Ingat, dalam dunia pelaburan dividen, duit itu adalah tanggungjawab anda sendiri. Jangan jadi mangsa “herd mentality”. Kalau kawan cakap saham A bagus, kaji dulu. Jangan sampai anda jadi orang terakhir yang beli sebelum harga jatuh menjunam.
Malas Buat “Homework” (Kaji Fundamental)
Newbie ingat pelaburan saham ni macam main mega888. Sebenarnya, dividen yang syarikat bayar itu datangnya daripada keuntungan bersih syarikat. Kalau syarikat rugi atau hutang melambung, mana mungkin mereka mampu bayar dividen secara konsisten? Sebelum buat pelaburan dividen, pastikan anda faham model perniagaan syarikat tersebut dahulu.
Baca Artikel Kami Selanjutnya pasal Kajian Fundamental :
[Analisis Fundamental Dalam Saham]
[Apa itu Financial Statements Analysis: Ilmu Asas Untuk Pelabur Malaysia (2025)]
Terjerat Dengan “Dividend Trap” (Beli Semata-mata Nak Dividen)
Ini strategi yang paling bahaya: Beli hari ini sebab esok Ex-Date, lusa nak jual balik. Masalahnya, biasanya selepas Ex-Date, harga saham akan jatuh (adjustment) selari dengan nilai dividen yang diberikan, malah kadangkala jatuh lebih teruk! Akhirnya, dividen dapat RM100, tapi modal susut RM200. Tak berbaloi, kan?
Gelap Mata Tengok Yield Tinggi (8% – 15%!)
Siapa tak suka yield tinggi? Tapi dalam pelaburan dividen, yield yang terlalu tinggi (contohnya melebihi 10%) selalunya adalah “red flag”. Selalunya yield nampak tinggi sebab harga saham syarikat tengah jatuh merudum akibat masalah dalaman atau industri yang makin merosot. Jangan sampai “menangkap pisau yang sedang jatuh”
Hanya Fokus Dividen Sekarang, Lupa Masa Depan
Syarikat yang bayar dividen besar tahun ini tak semestinya mampu buat bayaran dengan rate yang sama tahun depan. Anda kena kaji Dividend Payout Ratio (DPR). Kalau syarikat bayar dividen melebihi keuntungan yang mereka dapat, itu petanda bisnes mereka tak mampan (unsustainable) untuk jangka masa panjang.
Strategi “Buy & Forget” (Beli & Peram Buta-Buta)
Strategi Buy & Hold memang bagus untuk pelaburan dividen, tapi jangan sampai jadi Buy & Forget. Dunia perniagaan berubah pantas. Syarikat yang gah 10 tahun lepas mungkin dah ketinggalan zaman sekarang (macam kes Nokia atau Kodak). Anda kena sentiasa pantau prestasi syarikat sekurang-kurangnya setiap suku tahun (quarterly report).
Terlalu Taksub Dengan Saham “Murah” (PE Rendah)
Ada beza antara saham yang undervalued (murah sebab pasaran terlepas pandang) dengan saham yang memang “tak laku”. Jangan hanya tengok Price-to-Earnings (PE) Ratio rendah terus nak beli. Kaji kenapa harga dia rendah. Kalau fundamental hancur, harga “murah” itu sebenarnya perangkap.
Terpaling Sentimental (Sayang Nak Jual)
Sayanglah nak jual, ni saham pertama saya beli.” Perasaan sentimental tak laku dalam pasaran saham. Kalau fundamental syarikat dah berubah dan bisnes semakin rugi, anda kena berani untuk cut loss. Simpan saham yang makin merudum hanya akan membazirkan opportunity cost anda untuk melabur dalam kaunter lain yang lebih berkualiti.
Lupa Pasal Cukai (Terutamanya Saham Global)
Ramai pelabur Malaysia mula berjinak dengan pasaran US. Tapi, jangan lupa pasal Withholding Tax sebanyak 30% ke atas dividen bagi pelabur asing. Kalau syarikat US bayar dividen RM100, anda hanya dapat RM70 bersih. Dalam pelaburan dividen tempatan (Bursa Malaysia), kebanyakan dividen adalah tax exempt, jadi buat pengiraan betul-betul sebelum melabur ke luar negara.
Terlalu Percaya Berita & Analisis Luar
Berita yang anda baca di portal kewangan selalunya adalah “late news”. Maklumat tersebut selalunya sudah pun priced-in (tercermin dalam harga saham). Gunakan berita sebagai rujukan tambahan sahaja, bukannya penentu mutlak keputusan anda. Analisis sendiri tetap yang terbaik.
Pelaburan Dividen Adalah Marathon
Kepada rakan-rakan newbie, ingatlah bahawa pelaburan dividen yang berjaya adalah sebuah marathon, bukannya larian pecut 100 meter. Fokuslah kepada kualiti syarikat yang mempunyai aliran tunai (cash flow) yang kuat dan mampu membayar dividen secara konsisten.
Jangan terburu-buru mengejar angka yield yang nampak tak masuk akal. Biar untung sikit tapi berterusan, daripada untung besar sekali tapi modal lebur kemudian hari.
Bina Portfolio Dividen Berkualiti Tinggi Anda Sendiri
Belajar trade saham-saham di Bursa Malaysia dan US melalui pen drive mahersaham, Bina portfolio dividend berkualiti tinggi, income dapat dari USD: [Pen Drive Saham]
