22 Terminologi Analisis Teknikal Wajib Tahu (2026)
<p>Memahami terminologi analisis teknikal bukan sekadar menghafal nama; ia adalah tentang memahami psikologi di sebalik pergerakan harga. Panduan ini menyenaraikan 22 konsep paling kritikal yang perlu anda kuasai untuk membaca…</p>

Memahami terminologi analisis teknikal bukan sekadar menghafal nama; ia adalah tentang memahami psikologi di sebalik pergerakan harga. Panduan ini menyenaraikan 22 konsep paling kritikal yang perlu anda kuasai untuk membaca market dynamic dengan lebih jelas dan tepat.
Bagi sesiapa yang baru melangkah ke dunia pelaburan saham, melihat price chart buat kali pertama boleh terasa seperti membaca bahasa asing. Istilah seperti “Heikin Ashi”, “Divergence”, atau “FVG” sering menjadi penghalang utama bagi pemula untuk memahami potensi sebenar pasaran.
dalam artikel kali ini,kami Senaraikan ringkasan padat jargon penting pasaran yang dipecahkan kepada beberapa kategori mudah suapay senang faham.
Baca Selanjutnya Artikel kami Berkenaan Teknikal Analysis:
- [Analisis Teknikal dalam Pasaran Saham Overview]
- [Gambaran Lengkap Teknikal Analisis (TA)]
- [Tiga Konsep Asas Dalam Analisa Teknikal]
Jenis Paparan Carta (Chart Types)
Sebelum menganalisis trend, anda perlu tahu cara membaca data harga.
- Candlesticks: Ini adalah paparan standard pasaran. Badan lilin (body) memaparkan harga buka dan tutup, manakala warna (biasanya Hijau untuk naik, Merah untuk turun) menunjukkan arah pergerakan harga dalam tempoh tersebut.
- Heikin Ashi: Variasi kepada candlestick yang menggunakan formula purata unik. Ia berfungsi “melicinkan” pergerakan harga untuk menapis market noise, membolehkan trend dilihat dengan lebih jelas tanpa gangguan turun-naik kecil.
- Renko: Carta yang unik kerana ia hanya memaparkan pergerakan harga semata-mata (price action) tanpa mengambil kira faktor masa. Blok baharu hanya terbentuk jika harga bergerak sebanyak jumlah tertentu.
Struktur Pasaran (Market Structure)
Memahami struktur adalah seperti mempunyai peta jalan (roadmap) dalam pelaburan.
- Support & Resistance (S&R): Konsep paling asas dalam analisis teknikal. Support adalah paras sokongan (lantai) di mana harga sukar jatuh lebih rendah, manakala Resistance adalah paras rintangan (siling) di mana harga sukar naik lebih tinggi.
- Dynamic Support & Resistance: Berbeza dengan garisan statik, paras ini berubah-ubah mengikut pergerakan harga semasa. Ia lazimnya dikenal pasti menggunakan indikator seperti Moving Average (MA).
- Trend lines: Garisan visual yang dilukis menyambungkan titik-titik harga tertinggi atau terendah. Ia berfungsi sebagai panduan untuk mengenal pasti arah aliran pasaran (Trend) sama ada menaik (uptrend) atau menurun (downtrend).
- Market Structure: Analisis pembentukan Highs (puncak) dan Lows (lembah) harga untuk menentukan fasa pasaran semasa.
- Break of Structure (BOS): Berlaku apabila harga berjaya menembusi struktur tertinggi atau terendah sebelumnya. Ini menandakan kesinambungan trend sedia ada masih kuat.
- Change of Character (CHOCH): Isyarat awal perubahan struktur pasaran. Ia sering menandakan potensi peralihan arah trend (reversal), contohnya dari menaik kepada menurun.
Pergerakan Harga & Momentum (Price Action)
Bagaimana untuk tahu bila masa yang sesuai untuk masuk (entry) atau keluar (exit)?
- Breakouts: Situasi kritikal di mana harga berjaya menembusi zon sokongan, rintangan, atau trendline utama dengan momentum yang kuat.
- Reversal: Peralihan arah trend pasaran secara total. Contohnya, pasaran yang sedang “bullish” (naik) berubah menjadi “bearish” (turun).
- Momentum Indicators: Alat teknikal untuk mengukur kekuatan dan kelajuan perubahan harga dalam sesuatu tempoh masa.
- Oscillators: Sejenis indikator yang digunakan untuk mengenal pasti keadaan pasaran sama ada “Terlebih Belian” (Overbought) atau “Terlebih Jualan” (Oversold), membantu pelabur mencari titik pusingan harga.
- Divergence: Situasi “tidak sekata” di mana pergerakan harga dan indikator teknikal bergerak dalam arah bertentangan. Ini sering menjadi petunjuk awal pembalikan harga yang kuat.
- Volume: Jumlah unit dagangan yang berlaku. Analisis volume adalah mustahak untuk mengesahkan sama ada sesuatu pergerakan harga itu disokong oleh “minat” pasaran yang sebenar atau tidak.
Smart Money Concepts (SMC)
Ini adalah terminologi analisis teknikal moden yang menjejak pergerakan institusi besar.
- Supply & Demand: Zon kecairan di mana terdapat ketidakseimbangan ketara antara pesanan belian dan jualan, yang menyebabkan pergerakan harga yang sangat pantas keluar dari zon tersebut.
- Fair Value Gap (FVG): Ketidakseimbangan harga (lompong) akibat pergerakan agresif institusi. Kawasan ini cenderung untuk diuji semula (revisit) oleh pasaran bagi “mengimbangi” semula kecairan sebelum meneruskan arah asal.
Analisis Lanjutan (Advanced Analysis)
Setelah menguasai asas, pelabur boleh meneroka teknik yang lebih kompleks.
- Fibonacci Retracements: Penggunaan nisbah matematik “Golden Ratio” untuk menjangka paras pembetulan harga (pullback) yang berpotensi sebelum trend utama bersambung.
- Elliott Wave: Teori kitaran pasaran berdasarkan psikologi pelabur massa. Ia menyatakan pasaran bergerak dalam 5 gelombang impulsif (mengikut trend) dan 3 gelombang korektif (melawan trend).
- Harmonic Patterns: Pengecaman corak geometri khusus (seperti Gartley, Bat, atau Butterfly) pada carta untuk menentukan titik kemasukan berpotensi tinggi dengan risiko yang lebih rendah.
- Gann Angles: Kaedah analisis geometri kompleks yang diperkenalkan oleh W.D. Gann, menggabungkan elemen harga, masa, dan sudut geometri untuk meramal pergerakan.
- Moon Phases: Pendekatan alternatif yang agak niche. Ia menganalisis kitaran astronomi dan korelasinya terhadap psikologi jisim pelabur di pasaran kewangan.
Baca Seterusnya Artikel Kami :[Rahsia ‘Composite Man’: Cara Jerung Kawal Pasaran Saham (Panduan Wyckoff untuk Newbie)]
Tips Untuk Newbie
Walaupun senarai terminologi analisis teknikal ini nampak panjang, anda tidak perlu menggunakan kesemuanya serentak.
Bagi pelabur baharu, disarankan untuk memberi fokus 100% kepada penguasaan Support & Resistance serta Trendlines terlebih dahulu. Penguasaan asas yang kukuh adalah kunci kepada konsistensi dalam dagangan. Teknik canggih seperti Elliott Wave atau SMC hanya akan berkesan jika anda sudah faham struktur asas pasaran.
Mulakan dengan carta mudah, praktiskan penglihatan anda, dan jangan berhenti belajar.
Upgrade Skill Saham Anda Dengan Pakej Gold Mahersaham
Nak faham bagaimana “pemain besar”syndicate” di Bursa Malaysia menggerakkan pasaran?
Teknik Wyckoff akan tunjuk ajar anda membaca niat sebenar Smart Money — bila mereka kumpul, bila mereka akan jual, dan bila harga bersedia untuk meletup naik.
Dengan Pakej Gold Mahersaham, anda belajar Wyckoff secara tersusun dari asas sampai advanced, langkah demi langkah.
Apa Anda Akan Dapat
- Faham struktur harga: accumulation, distribution, markup, markdown
- Baca carta macam pro, bukan sekadar ikut indikator
- Kenal perangkap pasaran dan elak false breakout
- Kemahiran kesan jejak Composite Man — pemain besar di sebalik pergerakan harga
- Bimbingan & modul lengkap untuk bina skill dari zero ke capable trader
Bila Habis saja mengaji apa yang akan anda kuasai?:
- Trade dengan lebih yakin
- Baca market dengan lebih jelas
- Buat keputusan berdasarkan strategi, bukan emosi
- Masuk awal sebelum rally terjadi, dan keluar sebelum Smart Money lari
- Tak masuk lagi perangkap syndicate
Jika anda serius nak naik level dalam dunia saham, Pakej Gold ialah fast-track untuk mahir teknik Wyckoff dan faham cara pasaran benar-benar bergerak.
